(atau
Mu'izza) (
Bahasa Arab:
معزة) dikatakan merupakan seekor
kucing peliharaan
Nabi Muhammad 
yang paling disayangi.
[1] Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara
Azan yang memanggil untuk menunaikan
solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil
jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat
Al-Quran atau
Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.
Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tettamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda.
[2] Anakdot yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan
air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan ber
wuduk.
[3] Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucing, kebanyakan
Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam
Islam perbuatan menghina atau mengkasari haiwan tidak kira samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari
Allah.
[4][5]
Terima kasih atas informasi,,,,
ReplyDeleteSaya memperoleh banyak melalui blog yang cikgu hasilkan.
ReplyDelete