Tuesday 6 November 2012

Doa Sebelum Belajar


Haiwan Peliharaan

Haiwan peliharaan atau haiwan kesayangan ialah haiwan yang dipelihara sebagai peneman dan untuk menggembirakan pemiliknya. Haiwan peliharaan paling popular ialah yang setia ataupun suka bermain-main, memikat perhatian, ataupun nyanyiannya. Haiwan peliharaan juga dapat mengurangkan tekanan kepada pemiliknya yang suka bermain dengan haiwan.

Saturday 3 November 2012

Muezza

Muezza (atau Mu'izza) (Bahasa Arab: معزة‎) dikatakan merupakan seekor kucing peliharaan Nabi Muhammad S.A.W yang paling disayangi.[1] Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.
Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tettamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda.[2] Anakdot yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk.[3] Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucing, kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengkasari haiwan tidak kira samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah.[4][5]

Kucing






Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Lagu Anak Ayam